Tuesday 2 July 2013

Muslimah Harapan


Persismu permata bernilai
Menjadi rebutan pejuang
Keutuhan yang tersimpan
Dibalik tabir yang tenang

Keayuan yang terpancar
Disinar cahaya iman
Itulah muslimah harapan

Gerak langkahnya yang sopan
Disulam zikir di ingatan
Keyakinan yang mendalam
menjadi taruhan perjuangan

Jasad hayatnya diserahkan
Untuk sebuah perjuangan
Itulah muslimah harapan

Muslimah puteri harapan
Dikaulah harapan
Membela Islam yang mulia

Muslimah puteri harapan
Dikaulah cahaya
Menjadi lambang Islam yang Gemilang

Puteri harapan serikandi Islam
Tetaplah kau dalam perjuangan
Menjadi sayap kiri di medan
Mengukuhkan benteng pertahanan Islam

Gamitan leka duniawi
Tersungkur jauh dihatimu
Kau sematkan kecintaan yang mendalam
Terhadap Tuhanmu

Maruahmu yang leluhur
Dijaga untuk suami tersayang
Kau didik generasi mendatang
Untuk agama tercinta

- sajak dr novel ‘Syabab Musafir Kasih’ oleh Fatimah Syarha-

Pilihlah untuk jadi yang Terbaik

Pilihan di tangan kita
Kalau jadi batu,
Jadilah batu permata
Di nilai orang,
Di letak di tempat yang selamat,
Di jaga dan di gilap sehari-hari

Tapi.......

Jangan jadi batu di tepi jalan,
Di pijak orang,di sepak orang
Tidak berharga dan tidak bernilai
Kalau jadi kayu
Jadilah kayu jati..tinggi harganya
Banyak manfaatnya
Tahan utuhnya

Tapi.......

Jangan jadi kayu reput
Di biar orang,dihanyutkan orang
Tiada nilai ,tiada harga
Kalau jadi wanita
Pilihlah untuk menjadi wanita yang solehah
Terjaga auratnya,sopan tingkah lakunya
Tunduk pandangannya,syurga idamannya

Tapi.......

Jangan jadi wanita yang rosak
Tiada maruah
Tiada nilai diri
Tiada amalan
Tiada cita-cita untuk kebaikan

*dikarang oleh Ustazah Asni :)

Friday 31 May 2013

Oh Bulan!


Oh Bulan!

Jadilah ibarat bulan mengambang..
Bulan selalu ada,
Tapi tak sentiasa kelihatan..
Bulan mengambang pasti ada,
Tapi tak kerap ia menonjol..

Bulan nan cantik,
Bersinar menerangi zhulumat malam,
Malu-malu bersembunyi di balik awan..
Mengambangnya ia sementara..
Mengambangnya ia sekali sepurnama..
Mengambangnya ia sebentar cuma.

Kerana cantiknya, bulan dipuja..
Kerana terangnya, bulan didamba..
Kerana malunya, bulan dicinta..
Kerana sementaranya, bulan dirindui saban masa..

An-Nisa’!
Engkau jelita..
Cantikmu ibarat bulan purnama..
Cantikmu bukan untuk tontonan semua..
Hanya segelintir insan sahaja yang bisa menatapmu..
Hanya segelintir insan yang tahu menghargaimu..

Al-Mar’ah!
Bagaikan bulan berlindung di balik awan,
Berlindunglah dikau di balik pakaian..
Yang menutupi seluruh tubuhmu..
Yang melitupi segenap auratmu..

Muslimah!
Laksana bulan bersinar menerangi alam,
Sinarilah Islam dengan tingkahmu,
Terangilah umat dengan ilmumu,
Cahayailah masyarakat dengan akhlakmu,
Jadilah muslimah berperilaku qudwah hasanah..
Untuk sekalian ummah..

Wanita!
Seperti bulan mengambang yang Cuma kekadang muncul..
Tunjukkanlah kecantikanmu pada yang berhak..
Tayangkanlah perhiasanmu pada yang layak..
Bukankah seindah hiasan adalah wanita solehah?
Jadi,
Biarkanlah cuma dia menikmati keindahan perhiasan dunia ini..
Kerana itu dibenarkan syarak..

Gadis,
Sebagaimana bulan malu-malu di balik awan,
Hingga pungguk gila merindu,
Begitulah indahmu harus disembunyi..
Biar dia yang layak turut menjadi perindu,
Pada keindahan bulan dunianya.,
Yang akan menjadi bidadari syurganya..
Ohh, bulan!

Tudung sekarang

Gembira sangat bila tengok banyak artis Malaysia sekarang yang berubah ke arah yang lebih baik terutamanya artis perempuan..cantik sangat bila mereka bertudung. Tenang rasanya tengok mereka mula pakai tudung. Begitu juga muslimah2 lain. Sudah ramai yang punya keinginan untuk bertudung. Namun..apa yang menyedihkan adalah mereka pakai tudung yang tak menepati syariat. Malah ada yang pakai sesuatu tudung tu kerana rekaannya yang menarik atau kerana warnanya yang menyerlah tanpa pedulikan cara menutup aurat secara Islam. Kadang2 cara mereka bertudung menyerupai agama lain seperi birawati Kristian.

Ini fesyen bertudung zaman sekarang yang dibanggakan ramai. Hadis nabi, “Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka“.. – Riwayat Abu Daud.
 
Syarat2 memakai tudung dengan betul dan tertib hanyalah dengan melabuhkan kain tudung lebih dari paras dada hingga ke perut. Kain tudung janganlah terlalu jarang hingga boleh menampakkan bahagian tubuh badan kita terutama telinga dan leher. Pemakaian tudung seharusnya dipakai menutupi bahagian dada atas dan bukannya memakai dengan memasukkan dalam baju. Itu salah dan jelas2 menampakkan bentuk dada.

Salahkah bermewah? Salahkah beli kain tudung yang mahal kalau kita mampu? Salahkah berfesyen bila memakai tudung? Tidak salah, asalkan..
  • tutup rambut selengkapnya.
  • melabuh tudung hingga menutup dada.
  • bahagian lain pada tubuh badan wanita juga ditutup dengan dengan pakaian longgar, termasuk melabuh kain baju ke paras peha dan pinggul jika memakai seluar.
  • memakai tudung dengan iman dan taqwa.

Impian ku Cuma Satu..


Doaku di petang hari ini waktu maghrib, selepas aku tiba2 teringat muslimah2 solehah pada zaman nabi. Merekalah yang sesuai dijadikan idola buat semua perempuan hari ini terutamanya muslimah. Ingin sekali aku jadi seperti mereka..disayangi umi abah, dicintai kawan2, dirindui Allah..

Oh Tuhanku..
Memang benar aku bukanlah sesetia Khadijah
Menenangkan suami ketika gundah
Menyokong teguh tanpa rebah
Mungkin tidak semulia Fatimah Az-zahrah
Menjadi penghulu di mahligai indah
Tenang hatinya tanpa keluh kesah
Mungkin bukan jua sepemurah Aisyah
Mencari harta untuk disedekah
Hidupnya hanya berbakti di jalan Allah
Aku tidak jua seteguh Sumayyah
Imannya menjulang gelaran syahidah
Demi jihad fi sabilillah
Tak mampu menyaingi Rabiatul Adawiyah
Tanpa cintaMu jiwanya resah
Rindu menggunung hanya pada
Kekasih Hanya padaMu aku merintih
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Jadikanlah aku seorang kekasih
Damai bersemayam di mahligai kasih
Di dalamnya tiada resah gelisah
Yang ada hanyalah perhiasan indah
Wahai Kasihku yang Maha Pemurah
Aku hanyalah insan yang lemah
Yang ku harap hanyalah maghfirah
Jadikanlah aku puteri solehah
Penyejuk hati ibu dan ayah
Berbakti pada suami sebagai isteri solehah
Bidadarinya di syurga hiasan dunia terindah
Mengharap redhaMu duhai Kekasih
Impianku hanya satu, mukminah solehah…

Warkah Untuk Hawa…


Hawa,

Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,
dengan ayu wajahmu dan dengan lenggok tubuhmu. Jangan kau hentakkan kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa jangan..jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah..

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau akan jodohmu. Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki. Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian atau bertujuan memikat seorang lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya, tapi merangsang nafsunya. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, maka lahirnya senyuman, maka tercetusnya salam…dan dari pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
Kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tapi Hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan antara lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan..

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, cukuplah hanya cinta daripada ibubapa yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik dan keluarga yang membahagiakan dirimu.. 

Wanita dan Sifat Pemalu


"Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki..." Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, tepi jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang.

         Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu, mereka akan terus mencuba dan terus mencuba. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
 "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadith riwayat Bauhaqi). Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat sombong diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.

         Oleh sebab itu, Allah SWT mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yg akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.

          Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dlm keadaan sebegitu.

          Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu." Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yg perlu ada dlm diri manusia.

            Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yg dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan tidak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yg bakal Allah timpakan ke atas mereka.

            Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yg tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat dimana2 sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita. Sayang seribu kali sayang...wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya. Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dan seterusnya akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum wanita. Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan...dan sebaik2 manusia yg melakukan kesalahan adalah mereka yg bertaubat..