Perempuan yang baik di mata orang soleh.
Kita selalu dengar dan baca pasal "muslimah sejati", "muslimah solehah" dan sebagainya. Sebenarnya siapakah muslimah solehah? Apa itu solehah? Solehah itu tidak terlihat pada cantiknya wajah, tetapi pada cantiknya iman. Tidak pada kulit, tapi pada hati yang tulus. Bukan pada kerjaya hebat, tapi pada akhlak yang hebat.
"Sesungguhnya di dunia itu hanyalah keindahan semata dan sebaik keindahannya adalah "wanita solehah" - Riwayat Muslim.
Jadilah wanita solehah yang buta, pekak, dan bisu. Apakah maksud buta, pekak dan bisu itu? Buta, pekak dan bisu itu bermaksud wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang kemurkaan Allah SWT, wanita yang tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa sia-sia.
Ali bin Abi
Thalib r.a berkata, “Sebaik-baik perempuan adalah yang wangi aromanya dan yang
lazat masakannya. Jika dia menafkahkan kerana sesuatu tujuan dan jika dia
menahan juga kerana sesuatu tujuan. Perempuan seperti itu adalah termasuk
pekerja Allah dan pekerja Allah tidak akan kehilangan harapan.”
Aisyah r.a
ketika ditanya, “Siapakah perempuan yang paling baik?” Dia menjawab, “Perempuan
yang paling baik adalah perempuan yang tidak mengucapkan kata-kata aib dan
tidak tergoda dengan makar lelaki, perempuan yang bersih hatinya kecuali
berhias untuk suaminya dan tetap menjaga kehormatan keluarganya.”
Hasan Aal-Basri berkata, “Orang yang wajah bagus
hendaklah jangan dibuat buruk (dengan perilaku yang buruk) dan orang yang
wajahnya buruk jangan sampai mengumpulkan dua keburukan.”
Abu Sulaiman
al-Daraniy berkata: “Wanita solehah bukan hanya menolong urusan dunia, tetapi
ia menolongmu untuk urusan akhirat. Dari segi dunia dia sanggup menguruskan
rumah dan memuaskan syahwat.”
Umar bin Khattab
berkata: “Tidak ada pemberian yang paling berharga bagi seorang hamba Allah,
setelah iman, selain daripada wanita solehah.”