Tuesday 2 July 2013

Muslimah Harapan


Persismu permata bernilai
Menjadi rebutan pejuang
Keutuhan yang tersimpan
Dibalik tabir yang tenang

Keayuan yang terpancar
Disinar cahaya iman
Itulah muslimah harapan

Gerak langkahnya yang sopan
Disulam zikir di ingatan
Keyakinan yang mendalam
menjadi taruhan perjuangan

Jasad hayatnya diserahkan
Untuk sebuah perjuangan
Itulah muslimah harapan

Muslimah puteri harapan
Dikaulah harapan
Membela Islam yang mulia

Muslimah puteri harapan
Dikaulah cahaya
Menjadi lambang Islam yang Gemilang

Puteri harapan serikandi Islam
Tetaplah kau dalam perjuangan
Menjadi sayap kiri di medan
Mengukuhkan benteng pertahanan Islam

Gamitan leka duniawi
Tersungkur jauh dihatimu
Kau sematkan kecintaan yang mendalam
Terhadap Tuhanmu

Maruahmu yang leluhur
Dijaga untuk suami tersayang
Kau didik generasi mendatang
Untuk agama tercinta

- sajak dr novel ‘Syabab Musafir Kasih’ oleh Fatimah Syarha-

Pilihlah untuk jadi yang Terbaik

Pilihan di tangan kita
Kalau jadi batu,
Jadilah batu permata
Di nilai orang,
Di letak di tempat yang selamat,
Di jaga dan di gilap sehari-hari

Tapi.......

Jangan jadi batu di tepi jalan,
Di pijak orang,di sepak orang
Tidak berharga dan tidak bernilai
Kalau jadi kayu
Jadilah kayu jati..tinggi harganya
Banyak manfaatnya
Tahan utuhnya

Tapi.......

Jangan jadi kayu reput
Di biar orang,dihanyutkan orang
Tiada nilai ,tiada harga
Kalau jadi wanita
Pilihlah untuk menjadi wanita yang solehah
Terjaga auratnya,sopan tingkah lakunya
Tunduk pandangannya,syurga idamannya

Tapi.......

Jangan jadi wanita yang rosak
Tiada maruah
Tiada nilai diri
Tiada amalan
Tiada cita-cita untuk kebaikan

*dikarang oleh Ustazah Asni :)

Friday 31 May 2013

Oh Bulan!


Oh Bulan!

Jadilah ibarat bulan mengambang..
Bulan selalu ada,
Tapi tak sentiasa kelihatan..
Bulan mengambang pasti ada,
Tapi tak kerap ia menonjol..

Bulan nan cantik,
Bersinar menerangi zhulumat malam,
Malu-malu bersembunyi di balik awan..
Mengambangnya ia sementara..
Mengambangnya ia sekali sepurnama..
Mengambangnya ia sebentar cuma.

Kerana cantiknya, bulan dipuja..
Kerana terangnya, bulan didamba..
Kerana malunya, bulan dicinta..
Kerana sementaranya, bulan dirindui saban masa..

An-Nisa’!
Engkau jelita..
Cantikmu ibarat bulan purnama..
Cantikmu bukan untuk tontonan semua..
Hanya segelintir insan sahaja yang bisa menatapmu..
Hanya segelintir insan yang tahu menghargaimu..

Al-Mar’ah!
Bagaikan bulan berlindung di balik awan,
Berlindunglah dikau di balik pakaian..
Yang menutupi seluruh tubuhmu..
Yang melitupi segenap auratmu..

Muslimah!
Laksana bulan bersinar menerangi alam,
Sinarilah Islam dengan tingkahmu,
Terangilah umat dengan ilmumu,
Cahayailah masyarakat dengan akhlakmu,
Jadilah muslimah berperilaku qudwah hasanah..
Untuk sekalian ummah..

Wanita!
Seperti bulan mengambang yang Cuma kekadang muncul..
Tunjukkanlah kecantikanmu pada yang berhak..
Tayangkanlah perhiasanmu pada yang layak..
Bukankah seindah hiasan adalah wanita solehah?
Jadi,
Biarkanlah cuma dia menikmati keindahan perhiasan dunia ini..
Kerana itu dibenarkan syarak..

Gadis,
Sebagaimana bulan malu-malu di balik awan,
Hingga pungguk gila merindu,
Begitulah indahmu harus disembunyi..
Biar dia yang layak turut menjadi perindu,
Pada keindahan bulan dunianya.,
Yang akan menjadi bidadari syurganya..
Ohh, bulan!

Tudung sekarang

Gembira sangat bila tengok banyak artis Malaysia sekarang yang berubah ke arah yang lebih baik terutamanya artis perempuan..cantik sangat bila mereka bertudung. Tenang rasanya tengok mereka mula pakai tudung. Begitu juga muslimah2 lain. Sudah ramai yang punya keinginan untuk bertudung. Namun..apa yang menyedihkan adalah mereka pakai tudung yang tak menepati syariat. Malah ada yang pakai sesuatu tudung tu kerana rekaannya yang menarik atau kerana warnanya yang menyerlah tanpa pedulikan cara menutup aurat secara Islam. Kadang2 cara mereka bertudung menyerupai agama lain seperi birawati Kristian.

Ini fesyen bertudung zaman sekarang yang dibanggakan ramai. Hadis nabi, “Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka“.. – Riwayat Abu Daud.
 
Syarat2 memakai tudung dengan betul dan tertib hanyalah dengan melabuhkan kain tudung lebih dari paras dada hingga ke perut. Kain tudung janganlah terlalu jarang hingga boleh menampakkan bahagian tubuh badan kita terutama telinga dan leher. Pemakaian tudung seharusnya dipakai menutupi bahagian dada atas dan bukannya memakai dengan memasukkan dalam baju. Itu salah dan jelas2 menampakkan bentuk dada.

Salahkah bermewah? Salahkah beli kain tudung yang mahal kalau kita mampu? Salahkah berfesyen bila memakai tudung? Tidak salah, asalkan..
  • tutup rambut selengkapnya.
  • melabuh tudung hingga menutup dada.
  • bahagian lain pada tubuh badan wanita juga ditutup dengan dengan pakaian longgar, termasuk melabuh kain baju ke paras peha dan pinggul jika memakai seluar.
  • memakai tudung dengan iman dan taqwa.

Impian ku Cuma Satu..


Doaku di petang hari ini waktu maghrib, selepas aku tiba2 teringat muslimah2 solehah pada zaman nabi. Merekalah yang sesuai dijadikan idola buat semua perempuan hari ini terutamanya muslimah. Ingin sekali aku jadi seperti mereka..disayangi umi abah, dicintai kawan2, dirindui Allah..

Oh Tuhanku..
Memang benar aku bukanlah sesetia Khadijah
Menenangkan suami ketika gundah
Menyokong teguh tanpa rebah
Mungkin tidak semulia Fatimah Az-zahrah
Menjadi penghulu di mahligai indah
Tenang hatinya tanpa keluh kesah
Mungkin bukan jua sepemurah Aisyah
Mencari harta untuk disedekah
Hidupnya hanya berbakti di jalan Allah
Aku tidak jua seteguh Sumayyah
Imannya menjulang gelaran syahidah
Demi jihad fi sabilillah
Tak mampu menyaingi Rabiatul Adawiyah
Tanpa cintaMu jiwanya resah
Rindu menggunung hanya pada
Kekasih Hanya padaMu aku merintih
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Jadikanlah aku seorang kekasih
Damai bersemayam di mahligai kasih
Di dalamnya tiada resah gelisah
Yang ada hanyalah perhiasan indah
Wahai Kasihku yang Maha Pemurah
Aku hanyalah insan yang lemah
Yang ku harap hanyalah maghfirah
Jadikanlah aku puteri solehah
Penyejuk hati ibu dan ayah
Berbakti pada suami sebagai isteri solehah
Bidadarinya di syurga hiasan dunia terindah
Mengharap redhaMu duhai Kekasih
Impianku hanya satu, mukminah solehah…

Warkah Untuk Hawa…


Hawa,

Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,
dengan ayu wajahmu dan dengan lenggok tubuhmu. Jangan kau hentakkan kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa jangan..jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah..

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau akan jodohmu. Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki. Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian atau bertujuan memikat seorang lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya, tapi merangsang nafsunya. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, maka lahirnya senyuman, maka tercetusnya salam…dan dari pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
Kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tapi Hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan antara lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan..

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, cukuplah hanya cinta daripada ibubapa yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik dan keluarga yang membahagiakan dirimu.. 

Wanita dan Sifat Pemalu


"Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki..." Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, tepi jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang.

         Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu, mereka akan terus mencuba dan terus mencuba. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
 "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadith riwayat Bauhaqi). Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat sombong diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.

         Oleh sebab itu, Allah SWT mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yg akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.

          Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dlm keadaan sebegitu.

          Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu." Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yg perlu ada dlm diri manusia.

            Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yg dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan tidak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yg bakal Allah timpakan ke atas mereka.

            Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yg tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat dimana2 sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita. Sayang seribu kali sayang...wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya. Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dan seterusnya akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum wanita. Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan...dan sebaik2 manusia yg melakukan kesalahan adalah mereka yg bertaubat..

Wanita Solehah..


Wanita Solehah itu indah…ia akan menjadi perhiasan bagi lelaki soleh yang akan memilikinya….hatinya suci dan bersih, ketaatannya dalam menjalani perintah Allah ia lakukan dengan sepenuh hati dan penuh dengan keikhlasan……..

Wanita Solehah adalah bidadari yang hadir dalam kehidupan, menatapnya memberikan ketenangan, mendengarkan suaranya menyejukan batin….

Wanita Solehah adalah isteri yang meneguhkan jihad suami……..

Wanita Solehah bukan dilihat dari kecantikan paras wajahnya..tapi dilihat dari kecantikan hati yang ia miliki….

Wanita Solehah bukan dilihat dari keindahan bentuk tubuh yang ia miliki..tapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya agar tidak menjadi dosa bagi orang lain…

Wanita Solehah bukan dilihat dari seberapa besar ia memberikan kebaikan kepada orang lain,…tapi dilihat dari keikhlasan ia memberikan kebaikan untuk orang lain….

Wanita Solehah bukan dilihat dari kebimbangan digoda orang di jalan, tapi kebimbangan dirinyalah mengundang orang untuk menggoda dirinya….

Wanita Solehah bukan dilihat dari seberapa banyak orang yang sayang padanya..tapi dilihat dari seberapa besar ia memberi kasih sayangnya kepada orang lain….

Wanita Solehah bukan dilihat dari pandainya ia mengenakan jilbab atau panjangnya jilbab yang ia kenakan.…tapi dilihat dari bagaimana batas pergaulan ia dengan yang bukan mahramnya, dan keikhlasannya dalam menjalani perintah Allah….

Wanita Solehah akan menjaga cintanya hanya pada Allah….jika ia mencintai seseorang lawan jenis…ia akan mencintai seseorang itu kerana Allah..bukan kerana jiwa yang membara….

Muslimah Laksana Bunga..


Muslimah laksana bunga yang menawan..
Muslimah bagaikan sebuah perhiasan yang tiada ternilai harganya..
Teramat banyak yang ingin memetik bunga tersebut..

Namun pastinya bukan sebarang orang berhak memetiknya, menghirup madunya.
Hanya yang benar-benar terpilih yang dapat meraihnya..
Yang dapat meraih pesonanya..

Dengan harga mahal yang teramat suci..
Sebuah ikatan amat indah, bernama pernikahan..
Kerana itu sebelum saatmu tiba..

Sebelum orang terpilih itu datang dan membawamu ke istananya..
Janganlah engkau biarkan diri layu sebelum masanya..
Jangan kau biarkan serigala liar menjadikanmu bahan permainan..
Jangan kau biarkan dia permainkan hatimu yang rapuh..
Atas nama taaruf, atas nama cinta..

Ku tahu saudariku,  jika seseorang jatuh cinta..
Maka cinta akan membungkus seluruh aliran darahnya..
Dan menutup mata hati dan fikirannya..
Membuat mereka lupa akan prinsipnya..
Membuat mereka lupa akan besarnya fitnah ikhwan-akhwat..
Membuat mereka lupa akan apa yang benar dan apa yang perlu dia hindarkan..
Membuat mereka lupa tentang batasan pergaulan ikhwan dan akhwat..
Membuat mereka serahkan segalanya supaya orang yang dicintai bahagia..
Membuat mereka lupa bahawa cinta mereka belum tentu akan bersatu..

Saudariku,
Jangan sampai cinta menjerumuskanmu dalam lubang kehancuran..
Oleh itu, jika kau sedar benih-benih cinta mulai tertanam lembut dalam hatimu yang rapuh,
Segeralah membuat sebuah benteng yang tebal lagi kukuh.
Tanam rumput beracun di sekelilingnya.
Pasang semak berduri di pintu-pintunya.
Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati.
Cinta yang takkan bertepuk sebelah tangan.
Namun Allah tidak ego mendominasi cinta hambaNya.
Dia berikan kita cinta kepada anak, isteri, suami, ibubapa, kaum muslimin.
Yakinlah bahawa yang diberikan oleh Allah..
Yakinlah bahawa yang digariskan oleh Allah..
Yakinlah bahawa yang telah ditulis oleh Allah dalam Kitab-Nya..
Adalah yang terbaik untuk kita..
Adalah yang paling sesuai untuk kita..
Adalah yang paling membuat kita merasa bahagia..

Kerana,
Dialah yang paling mengerti kita, lebih dari kita sendiri.
Dialah yang paling menyayangi kita.
Dialah yang paling mengetahui apa-apa yang terbaik untuk kita.
Sementara kita hanya sedikit saja mengetahuinya dan itupun hanya berdasarkan pada persangkaan kita..

Ya Allah..
Kurniakanlah kami jodoh yang soleh..
Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya..
Yang sentiasa memperbaiki dirinya..
Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah..
Yang baik akhlaknya..
Yang menerima aku apa seadanya..
Yang membimbing aku dengan lemah lembut..
Yang akan membawa kami menuju JannahMu Ya Rabb..

Doa Seorang Anak


Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg ku buat
Kau limpahkanlah aku kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata dusta
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai anak
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku anak yang disenangi umi abah
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi wanita solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi anak yang dirahmati
Anak yang dikasihi
Anak yang soleha

Anak yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Aalamin..

Friday 24 May 2013

Nasihat kepada kaum hawa


Semua ibu bapa pasti akan menasihati anak perempuannya bila mereka ingin melangkah ke kehidupan baru (pernikahan). Macam-macam nasihat akan diberikan supaya anak mereka menjadi isteri yang solehah. Di sini ada beberapa contoh nasihat orang zaman dahulu terhadap anak perempuan mereka. Semoga bermanfaat dan harap diamalkan..

1) Berikut nasihat Ibnu Kharijah Al-Fazaari kepada anak perempuannya ketika menikah:

            “Wahai anak perempuanku, sesungguhnya perempuan lebih berhak dengan adabmu daripadaku dan engkau harus diajar beretika. Jadilah engkau sebagai hamba suamimu maka dia akan menjadi hambamu. Jangan mendekat darinya, maka dia akan memilikimu. Janganlah engkau menjauhkan diri darinya jika itu terjadi maka engkau dan dia akan merasa berat. Jadilah seperti yang aku katakana kepada ibumu, ‘Ambillah ampunan dariku, maka engkau akan mendapatkan kasih sayangku. Janganlah engkau berbicara di saat aku sedang meledak-ledak marah. Sesungguhnya aku melihat cinta dan kebencian di dalam hati ketika keduanya berkumpul, cinta segera akan hilang.”


2) Puteri seorang tabiin Abu Aswad Ad-Duali mendatangi bapanya di waktu pernikahannya. Kemudian dia berkata, “Wahai bapaku, aku tidak ingin berpisah denganmu setelah engkau menikahkanku, maka berikanlah kepadaku wasiatmu.” Maka Abu Aswad Ad-Duali berkata, “Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yang ada pada suamimu kecuali dengan kelembutan. Ketahuilah bahawa sebaik-baiknya dari yang paling baik adalah air.”

3) Seorang perempuan Arab berwasiat kepada anak perempuannya ketika dia menikah, “Wahai anak perempuanku, sesungguhnya wasiat jika ditinggalkan untuk orang yang memiliki adab maka akan aku tinggalkan untukmu. Tetapi, wasiat adalah peringatan bagi orang yang lalai dan membantu orang yang berakal. Jika seorang perempuan tidak perlu kepada seorang suami, maka kedua orang tuanya memerlukan dia dan keperluan kedua orang tua terhadapnya membuatkannya menjadi orang yang paling tidak diperlukan. Tetapi perempuan diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk perempuan. Perempuan siapa pun engkau, jika engkau memisahkan diri dari suasana di mana engkau tumbuh menuju kehidupan lain yang belum engkau ketahui dan pendamping yang belum engkau rapat, kemudian dia memilikimu, mengawasimu dan menjadi tuan, maka jadilah engkau hamba baginya dan dia akan menjadi hamba kepadamu. Jagalah 10 hal, maka dia akan menyimpannya:

1. Bersikaplah qanaah dan taat.
2. Mendengar ucapannya dengan baik.
3. Jagalah kedua matanya. Jangan sampai matanya melihatmu dalam keadaan penampilan buruk.
4. Jagalah hidungnya. Jangan sampai hidungnya mencium aroma dari tubuhmu kecuali aroma yang baik dan harum.
5. Jagalah waktu tidurnya kerana bila tidurnya terganggu akan menimbulkan kemarahan.
6. Jagalah makannya kerana rasa lapar dapat membuatnya marah.
7. Menjaga harta dan amanatnya serta mengatur baik dalam urusan kewangan keluarga.
8. Menjaga keluarganya dalam hal mendidik anak-anaknya dan menghargai kaum kerabahtnya.
9. Jangan membantah perintahnya kerana akan membuat dadanya bergemuruh serta marah dan jangan membuka rahsianya kerana jika engkau menyebarkan rahsianya maka engkau tidak aman dari khianatnya.
10. Janganlah engkau menunjukkan kebahagiaan ketika dia dalam keadaan sedih dan janganlah engkau menunjukkan kesedihan ketika dia dalam keadaan bahagia.


Thursday 18 April 2013

Perempuan yang baik di mata orang soleh.

Kita selalu dengar dan baca pasal "muslimah sejati", "muslimah solehah" dan sebagainya. Sebenarnya siapakah muslimah solehah? Apa itu solehah? Solehah itu tidak terlihat pada cantiknya wajah, tetapi pada cantiknya iman. Tidak pada kulit, tapi pada hati yang tulus. Bukan pada kerjaya hebat, tapi pada akhlak yang hebat.


"Sesungguhnya di dunia itu hanyalah keindahan semata dan sebaik keindahannya adalah "wanita solehah" - Riwayat Muslim.

Jadilah wanita solehah yang buta, pekak, dan bisu. Apakah maksud buta, pekak dan bisu itu? Buta, pekak dan bisu itu bermaksud wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang kemurkaan Allah SWT, wanita yang tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa sia-sia.

Ali bin Abi Thalib r.a berkata, “Sebaik-baik perempuan adalah yang wangi aromanya dan yang lazat masakannya. Jika dia menafkahkan kerana sesuatu tujuan dan jika dia menahan juga kerana sesuatu tujuan. Perempuan seperti itu adalah termasuk pekerja Allah dan pekerja Allah tidak akan kehilangan harapan.”

Aisyah r.a ketika ditanya, “Siapakah perempuan yang paling baik?” Dia menjawab, “Perempuan yang paling baik adalah perempuan yang tidak mengucapkan kata-kata aib dan tidak tergoda dengan makar lelaki, perempuan yang bersih hatinya kecuali berhias untuk suaminya dan tetap menjaga kehormatan keluarganya.”

Hasan Aal-Basri berkata, “Orang yang wajah bagus hendaklah jangan dibuat buruk (dengan perilaku yang buruk) dan orang yang wajahnya buruk jangan sampai mengumpulkan dua keburukan.”

Abu Sulaiman al-Daraniy berkata: “Wanita solehah bukan hanya menolong urusan dunia, tetapi ia menolongmu untuk urusan akhirat. Dari segi dunia dia sanggup menguruskan rumah dan memuaskan syahwat.”

Umar bin Khattab berkata: “Tidak ada pemberian yang paling berharga bagi seorang hamba Allah, setelah iman, selain daripada wanita solehah.”