Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg ku buat
Kau limpahkanlah aku kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata dusta
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai anak
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku anak yang disenangi umi abah
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi wanita solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi anak yang dirahmati
Anak yang dikasihi
Anak yang soleha
Anak yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Aalamin..
No comments:
Post a Comment