Friday 31 May 2013

Oh Bulan!


Oh Bulan!

Jadilah ibarat bulan mengambang..
Bulan selalu ada,
Tapi tak sentiasa kelihatan..
Bulan mengambang pasti ada,
Tapi tak kerap ia menonjol..

Bulan nan cantik,
Bersinar menerangi zhulumat malam,
Malu-malu bersembunyi di balik awan..
Mengambangnya ia sementara..
Mengambangnya ia sekali sepurnama..
Mengambangnya ia sebentar cuma.

Kerana cantiknya, bulan dipuja..
Kerana terangnya, bulan didamba..
Kerana malunya, bulan dicinta..
Kerana sementaranya, bulan dirindui saban masa..

An-Nisa’!
Engkau jelita..
Cantikmu ibarat bulan purnama..
Cantikmu bukan untuk tontonan semua..
Hanya segelintir insan sahaja yang bisa menatapmu..
Hanya segelintir insan yang tahu menghargaimu..

Al-Mar’ah!
Bagaikan bulan berlindung di balik awan,
Berlindunglah dikau di balik pakaian..
Yang menutupi seluruh tubuhmu..
Yang melitupi segenap auratmu..

Muslimah!
Laksana bulan bersinar menerangi alam,
Sinarilah Islam dengan tingkahmu,
Terangilah umat dengan ilmumu,
Cahayailah masyarakat dengan akhlakmu,
Jadilah muslimah berperilaku qudwah hasanah..
Untuk sekalian ummah..

Wanita!
Seperti bulan mengambang yang Cuma kekadang muncul..
Tunjukkanlah kecantikanmu pada yang berhak..
Tayangkanlah perhiasanmu pada yang layak..
Bukankah seindah hiasan adalah wanita solehah?
Jadi,
Biarkanlah cuma dia menikmati keindahan perhiasan dunia ini..
Kerana itu dibenarkan syarak..

Gadis,
Sebagaimana bulan malu-malu di balik awan,
Hingga pungguk gila merindu,
Begitulah indahmu harus disembunyi..
Biar dia yang layak turut menjadi perindu,
Pada keindahan bulan dunianya.,
Yang akan menjadi bidadari syurganya..
Ohh, bulan!

No comments:

Post a Comment