Friday 31 May 2013

Muslimah Laksana Bunga..


Muslimah laksana bunga yang menawan..
Muslimah bagaikan sebuah perhiasan yang tiada ternilai harganya..
Teramat banyak yang ingin memetik bunga tersebut..

Namun pastinya bukan sebarang orang berhak memetiknya, menghirup madunya.
Hanya yang benar-benar terpilih yang dapat meraihnya..
Yang dapat meraih pesonanya..

Dengan harga mahal yang teramat suci..
Sebuah ikatan amat indah, bernama pernikahan..
Kerana itu sebelum saatmu tiba..

Sebelum orang terpilih itu datang dan membawamu ke istananya..
Janganlah engkau biarkan diri layu sebelum masanya..
Jangan kau biarkan serigala liar menjadikanmu bahan permainan..
Jangan kau biarkan dia permainkan hatimu yang rapuh..
Atas nama taaruf, atas nama cinta..

Ku tahu saudariku,  jika seseorang jatuh cinta..
Maka cinta akan membungkus seluruh aliran darahnya..
Dan menutup mata hati dan fikirannya..
Membuat mereka lupa akan prinsipnya..
Membuat mereka lupa akan besarnya fitnah ikhwan-akhwat..
Membuat mereka lupa akan apa yang benar dan apa yang perlu dia hindarkan..
Membuat mereka lupa tentang batasan pergaulan ikhwan dan akhwat..
Membuat mereka serahkan segalanya supaya orang yang dicintai bahagia..
Membuat mereka lupa bahawa cinta mereka belum tentu akan bersatu..

Saudariku,
Jangan sampai cinta menjerumuskanmu dalam lubang kehancuran..
Oleh itu, jika kau sedar benih-benih cinta mulai tertanam lembut dalam hatimu yang rapuh,
Segeralah membuat sebuah benteng yang tebal lagi kukuh.
Tanam rumput beracun di sekelilingnya.
Pasang semak berduri di pintu-pintunya.
Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati.
Cinta yang takkan bertepuk sebelah tangan.
Namun Allah tidak ego mendominasi cinta hambaNya.
Dia berikan kita cinta kepada anak, isteri, suami, ibubapa, kaum muslimin.
Yakinlah bahawa yang diberikan oleh Allah..
Yakinlah bahawa yang digariskan oleh Allah..
Yakinlah bahawa yang telah ditulis oleh Allah dalam Kitab-Nya..
Adalah yang terbaik untuk kita..
Adalah yang paling sesuai untuk kita..
Adalah yang paling membuat kita merasa bahagia..

Kerana,
Dialah yang paling mengerti kita, lebih dari kita sendiri.
Dialah yang paling menyayangi kita.
Dialah yang paling mengetahui apa-apa yang terbaik untuk kita.
Sementara kita hanya sedikit saja mengetahuinya dan itupun hanya berdasarkan pada persangkaan kita..

Ya Allah..
Kurniakanlah kami jodoh yang soleh..
Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya..
Yang sentiasa memperbaiki dirinya..
Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah..
Yang baik akhlaknya..
Yang menerima aku apa seadanya..
Yang membimbing aku dengan lemah lembut..
Yang akan membawa kami menuju JannahMu Ya Rabb..

No comments:

Post a Comment