"Apakah
istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki..."
Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula
sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada
wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu
wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, tepi jalan raya, di pasar
raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang.
Selagi
usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu, mereka akan terus mencuba dan
terus mencuba. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg
bermaksud;
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita
berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu."
(Hadith riwayat Bauhaqi). Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat
perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat sombong diminati,
apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi
dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.
Oleh sebab itu, Allah SWT mengurniakan sifat malu kepada
wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan
sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada
orang yg akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang
mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang
mengusiknya.
Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak
tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan
memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok,
tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang,
seronok dan bahagia apabila dlm keadaan sebegitu.
Dalam
sebuah hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
"Jika
engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu." Hadis ini merupakan sindiran
dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yg mulia dan budi pekerti yg
terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah
neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yg perlu ada dlm diri
manusia.
Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu
atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan
maksiat. Atau barangkali sifat malu yg dikurniakan Allah itu sudah tidak
berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka.
Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan
tidak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yg bakal Allah timpakan ke
atas mereka.
Apabila
kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah
realiti yg tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat dimana2 sahaja.
Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan di hadapan mata kita sendiri
berbagai kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.
Sayang seribu kali sayang...wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi
serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi
sepenuhnya. Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat
malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu
mereka akan disegani oleh semua pihak. Dan seterusnya akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum wanita. Sesungguhnya
setiap insan itu pasti melakukan kesalahan...dan sebaik2 manusia yg melakukan
kesalahan adalah mereka yg bertaubat..
No comments:
Post a Comment